Labels

Saturday 7 January 2012

MANUSIA vs MALAIKAT vs SYAITAN



Bismillah,



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya 
sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai 
Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan 
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan 
diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Y.A.N.G

Bismillah,


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani sempurna hati

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi yang kelam

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia

Yang diangankan bukanlah harta bergendang tetapi kesederhanaan menjalani kehidupan

Yang diinginkan bukanlah kata memuji-muji, cukuplah sekadar berbudi bahasa

Yang didamba bukanlah kesempurnaan hati dan sikap, cukuplah sekadar kejujuran dalam tutur kata

Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha dengan ketetapan ILAHI ~

Anda Ingin Bercinta? Indah kah bila bercinta??

Bismillah,



Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

  • Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
  • Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
  • Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
  • Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
  • Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

  • Kerana ALLah?
  • Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
  • Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
  • Kerana empunya diri itu sendiri?
  • Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

  • Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

  • Seminggu?
  • Sebulan?
  • Tiga, empat tahun?
  • Sehingga habis belajar?
  • Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

  • Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
  • Masa yang anda korbankan untuk sidia
  • Hati dan perasaan
Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?
Ditulis oleh : IbnuNafis at 14:28

p/s: untuk renungan diri sendiri yg selalu tidak berfikir apabila bercinta. sem0ga iman sentiasa teguh! [berubah kepada yg lebih baik] amin~

Sumber:
http://jarumemas.blogspot.com/2008/12/anda-ingin-bercinta.html

Dengan Hanya 1 Minit ~

masa itu emas

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa yang boleh dilakukan dalam masa 1 minit?

Adalah satu rahmat yang besar dan 1 peluang yang besar dalam setiap minit-minit kehidupan kita.Dan setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim / muslimat.

1. Dalam 1 minit anda boleh membaca 7 kali surah Al-fatihah


Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah SAW melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah SWT. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat.

Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah SAW melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril AS, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril AS menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.

Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan

2. Dalam 1 minit anda boleh membaca 20 kali surah Al-Ikhlas


Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.

3. Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) Sebanyak 50 kali


4. Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 Kali


5. Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali

6. Boleh menyebut SubhanAllah, Wal-hamduLillah, Wala ilaha ill-Allah, Wa Allahuakhbar sebanyal 18 kali


Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.

Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,

Masya Allah, Sungguh besar nikmat Allah. Beruntunglah kepada mereka yang mengingati Allah bukan hanya seminit, tetapi setiap saat dan detik.

p/s : Sekadar menasihati diri ini yang kian alpha pada Rabbnya




Sumber: Aman Shah
[http://abraxas248.blogspot.com/2009/08/hanya-seminit.html]

Tips Untuk Bersangka Baik ~

 
kesian kucing ni kan..hehe 


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Sumber: Aman Shah
[http://abraxas248.blogspot.com/2009/10/bersangka-baik.html]

Siapakah?




Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

[sumber: Aman Shah]

Friday 8 July 2011

Membaca Itu Indah ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, entry ke-3 hamba bercerita tentang BUKU ~

[ Ilmu itu pelita hidup ]

Kenapa kita harus membaca? Dan apakah kaitan gambar di atas dengan membaca? Sesungguhnya dengan membaca lah kita mendapat ilmu. Dan harus diingat ilmu itu lebih mulia daripada harta.  Allahuakbar. Begitu besar nya hidayahMU. Seorang hamba yang dulunya tidak suka membaca, kini telah berubah untuk terus menggali ilmu-Mu. Makin digali terasa semakin kerdil diri ini. Banyak lagi yang belum diketahui. 

Sekadar Perkongsian Seorang Hamba : Antara buku-buku yang sangat berkesan di hati ~

Di Mana DIA Di Hatiku? by Pahrol Mohd Juoi
Sinopsis: Buku ini menceritakan tentang segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharapkan redha-NYA. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Buku ini mengajak kita muhasabah diri dan berfikir dimana letaknya kita di sisi ILAHI.

Nota Kaki > Bermula dengan buku ini, saya terus 'jatuh cinta' dengan penulisan Pahrol Mohd Juoi. Kata-kata yang penuh makna dari beliau. Dan baru kusedar DIA masih jauh dalam hatiku. Semoga DIA sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah. T_T

 Kerana-MU Aku Berubah by Ruhana Zaki
Sinopsis:  Buku ni mengajak kita mencintai ILAHI dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. Allah s.w.t sudah ada janjinya. Yakinlah, DIA sentiasa menyediakan jalan pulang . Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh dan disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh. 

Nota Kaki >Buku ini paling terkesan di hati. Banyak memberi pengajaran kepada saya. Semoga perubahan ini hanya keranaMU  ^_^


Tentang Cinta by Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis: Tentang cinta membawa tafsiran dan persepsi baru mengenai topik yang paling menarik minat para remaja sejak zaman berzaman. Ia akan menjawab persoalan: Apa sebenarnya yang dikatakan cinta? Siapakah yang patut dicintai? Bagaimanakah kita harus bercinta? Bagaimana mencintai dan dicintai? Siapakah role model kita dalam bercinta? Bolehkah menjadi hamba cinta? Cinta bagaimana yang ada class? 

Nota Kaki > Buku ni mengajar saya tentang cinta. Rujukan yang saya rasa wajib untuk semua yang ingin memahami realiti cinta berteraskan Islam. Semoga cinta saya di landasan yang betul dan diredhai Allah. ^_^


Nota Fikir Untuk Zikir by Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis: Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian: 

Bahagian 1: Iktibar kisah dulu-dulu. Mencari hikmah, teladan dan sempadan daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian II : Berguru dengan Alam. Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi Nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara denagn manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian III : Kata Dikota. Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa

Nota Kaki > Alhamdulillah.Buku ni membuatkan saya terfikir tentang ape yang berlaku di sekeliling. Merungkai apa yang tersurat dan tersirat. ^_^



Nota Hati Seorang Lelaki by Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis: Buku ini memaparkan tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki yang menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain2. Di sebalik setiap kisah ada mesej yang tersurat dan tersirat. Mereka yang dipaparkan kisah-kisahnya di dalam buku ini hanya manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana budi, nilai dan akhlak yang tinggi. Buku ini mengandungi 4 bahagian uatam iaitu Bahagian I: Nota Hati Seorang Anak, Bahagian II: Nota Hati Seorang Suami, Bahagian III: Nota Hati Seorang Ayah, dan Bahagian IV: Nota Hati Seorang Da'i.

Nota Kaki > Saya memahami hati seorang lelaki melalui pembacaan buku ni. Alhamdulillah, seseorang telah menangis apabila membaca buku ini. Saya harap 'awak' ambik iktibar ye. Semoga awak pun berubah menjadi seorang yang lebih baik. ^_^



Bibir Tersenyum Hati Menangis by Muhammad Muhyiddin

Sinopsis: Buku ni menceritakan tentang gejala umum kita yang sentiasa 'terbiasa untuk menipu diri sendiri' atau dengan kata lain hipokrit. Kita terbiasa untuk bersikap ramah, sedangkan hati kita demikian sulit untuk beramah dengannya; kita terbiasa tersenyum bahagia, sedangkan hati kita tengah menangis pilu kerana duka dan derita. Kita sangan terbiasa untuk berbuat sesuatu yang menurut hati ini bertentangan dengan agama, akal sehingga hati kita menjerit sendiri. Ya, kita sangat suka mengenakan topeng.

Nota Kaki > Alhamdulillah. Buku ni pun memberi info2 yang berguna. Semoga saya tidak menipu diri saya sendiri. Biarlah bibir ini tersenyum keran hati tidak menangis. ^_^


Alhamdulillah. Membaca semakin dekat dengan hati saya.Semoga saya tidak hanya membaca, tetapi mengamalkannya. =)


"...Wahai diri, ingatlah, ilmu kita terbatas, ilmu ALLAH Maha Luas..."