Labels

Friday 8 July 2011

Membaca Itu Indah ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, entry ke-3 hamba bercerita tentang BUKU ~

[ Ilmu itu pelita hidup ]

Kenapa kita harus membaca? Dan apakah kaitan gambar di atas dengan membaca? Sesungguhnya dengan membaca lah kita mendapat ilmu. Dan harus diingat ilmu itu lebih mulia daripada harta.  Allahuakbar. Begitu besar nya hidayahMU. Seorang hamba yang dulunya tidak suka membaca, kini telah berubah untuk terus menggali ilmu-Mu. Makin digali terasa semakin kerdil diri ini. Banyak lagi yang belum diketahui. 

Sekadar Perkongsian Seorang Hamba : Antara buku-buku yang sangat berkesan di hati ~

Di Mana DIA Di Hatiku? by Pahrol Mohd Juoi
Sinopsis: Buku ini menceritakan tentang segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharapkan redha-NYA. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Buku ini mengajak kita muhasabah diri dan berfikir dimana letaknya kita di sisi ILAHI.

Nota Kaki > Bermula dengan buku ini, saya terus 'jatuh cinta' dengan penulisan Pahrol Mohd Juoi. Kata-kata yang penuh makna dari beliau. Dan baru kusedar DIA masih jauh dalam hatiku. Semoga DIA sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah. T_T

 Kerana-MU Aku Berubah by Ruhana Zaki
Sinopsis:  Buku ni mengajak kita mencintai ILAHI dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. Allah s.w.t sudah ada janjinya. Yakinlah, DIA sentiasa menyediakan jalan pulang . Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh dan disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh. 

Nota Kaki >Buku ini paling terkesan di hati. Banyak memberi pengajaran kepada saya. Semoga perubahan ini hanya keranaMU  ^_^


Tentang Cinta by Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis: Tentang cinta membawa tafsiran dan persepsi baru mengenai topik yang paling menarik minat para remaja sejak zaman berzaman. Ia akan menjawab persoalan: Apa sebenarnya yang dikatakan cinta? Siapakah yang patut dicintai? Bagaimanakah kita harus bercinta? Bagaimana mencintai dan dicintai? Siapakah role model kita dalam bercinta? Bolehkah menjadi hamba cinta? Cinta bagaimana yang ada class? 

Nota Kaki > Buku ni mengajar saya tentang cinta. Rujukan yang saya rasa wajib untuk semua yang ingin memahami realiti cinta berteraskan Islam. Semoga cinta saya di landasan yang betul dan diredhai Allah. ^_^


Nota Fikir Untuk Zikir by Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis: Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian: 

Bahagian 1: Iktibar kisah dulu-dulu. Mencari hikmah, teladan dan sempadan daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian II : Berguru dengan Alam. Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi Nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara denagn manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian III : Kata Dikota. Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa

Nota Kaki > Alhamdulillah.Buku ni membuatkan saya terfikir tentang ape yang berlaku di sekeliling. Merungkai apa yang tersurat dan tersirat. ^_^



Nota Hati Seorang Lelaki by Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis: Buku ini memaparkan tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki yang menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain2. Di sebalik setiap kisah ada mesej yang tersurat dan tersirat. Mereka yang dipaparkan kisah-kisahnya di dalam buku ini hanya manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana budi, nilai dan akhlak yang tinggi. Buku ini mengandungi 4 bahagian uatam iaitu Bahagian I: Nota Hati Seorang Anak, Bahagian II: Nota Hati Seorang Suami, Bahagian III: Nota Hati Seorang Ayah, dan Bahagian IV: Nota Hati Seorang Da'i.

Nota Kaki > Saya memahami hati seorang lelaki melalui pembacaan buku ni. Alhamdulillah, seseorang telah menangis apabila membaca buku ini. Saya harap 'awak' ambik iktibar ye. Semoga awak pun berubah menjadi seorang yang lebih baik. ^_^



Bibir Tersenyum Hati Menangis by Muhammad Muhyiddin

Sinopsis: Buku ni menceritakan tentang gejala umum kita yang sentiasa 'terbiasa untuk menipu diri sendiri' atau dengan kata lain hipokrit. Kita terbiasa untuk bersikap ramah, sedangkan hati kita demikian sulit untuk beramah dengannya; kita terbiasa tersenyum bahagia, sedangkan hati kita tengah menangis pilu kerana duka dan derita. Kita sangan terbiasa untuk berbuat sesuatu yang menurut hati ini bertentangan dengan agama, akal sehingga hati kita menjerit sendiri. Ya, kita sangat suka mengenakan topeng.

Nota Kaki > Alhamdulillah. Buku ni pun memberi info2 yang berguna. Semoga saya tidak menipu diri saya sendiri. Biarlah bibir ini tersenyum keran hati tidak menangis. ^_^


Alhamdulillah. Membaca semakin dekat dengan hati saya.Semoga saya tidak hanya membaca, tetapi mengamalkannya. =)


"...Wahai diri, ingatlah, ilmu kita terbatas, ilmu ALLAH Maha Luas..."

Nota Cinta Buat Encik Hati, Cik Puan Emosi, dan Kanda Akal ~

Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur pada-MU Ya Allah..Jari masih ingin menulis untuk berkongsi sesuatu..


" ...Sesungguhnya ilmuku terbatas, ilmuMU Maha Luas..."
  

"...Cinta bkn hanya fantasi indah semata2. Cinta hadir bersama dugaan. Makin kita diuji, makin kita akan belajar untuk lebih menghargai (ataupun sebaliknya). Bagi yang tabah menghadapi ujian, berbahagialah kerana anda adalah pencinta sejati. Dan sebaik2 Pencinta adalah Yang Maha Esa.."  


Hari ini umur saya sudah melebihi 2 dekad, tetapi saya masih musykil, adakah saya sudah memberikan yang terbaik untuk DIA? Alhamdulillah, saya lahir sebagai manusia yang sempurna, punya kaki, punya tangan, dan miliki segala-galanya yang manusia biasa idamkan. Namun jauh di sudut sana, saya tahu kekadang saya ambil lewa sahaja, bersyukur itu pada masa-masa yang tertentu, bukannya setiap masa. Tuhan, izinkan saya berbicara seketika, dengan hati, emosi dan akal saya yang selalu lupa, bahawa Kau terlalu besar melebihi segalanya.


ENCIK HATI, saya sayang sangat dengan encik, jadi boleh tak tolong ingatkan saya selalu, setiap degupan jantung saya itu, jauh di sudut hati saya HARUS tahu yang Allah itu bersama - sama dengan saya. Bukan Encik selalu pesan dengan saya, Encik itu umpama raja, telinga, mata, tangan dan kaki umpama tentera. Kalau Encik baik, maka arahan yang baik daripada Encik akan diterima oleh tentera Encik. Saya ini hanya kapal, Enciklah nakhoda yang melayarkan saya. Tolonglah saya Encik Hati, bisikkan selalu pada hati dan jiwa saya supaya berbuat benda-benda yang baik. Jeritkan pada saya bilamana ada niat jahat yang melintasi Encik Hati ya. Saya tidak tahu siapa lagi yang boleh membantu saya, jadi saya AMAT perlukan bantuan Encik Hati. Apabila Encik rasa tidak tenang, paksalah saya untuk membaca quran selalu ya. Sebab saya tahu, Encik berpegang pada sabda Tuhan, "Hanya dengan mengingati Tuhan, jiwa akan menjadi tenang". 


CIK PUAN EMOSI, saya sangat gembira kerana Tuhan hadirkan cik puan dalam hidup saya. Kerana cik puan, hidup saya jadi berwarna warni, kekadang cik puan lontarkan nota kasih sedih, kekadang cik puan hadiahkan rasa gembira, terima kasih untuk cinta cik puan pada saya. Tetapi, sekarang saya perlu bantuan cik puan, saya tidak tahu sama ada esok ataupun sebentar lagi, saya akan berkesempatan untuk menaip ataupun tidak. Saya bimbang saya tak punya kesempatan itu, jadi sementara Tuhan izinkan ini, saya mohon ruang dan peluang untuk cik puan mendengar bicara saya. Mereka selalu kata, wanita itu penuh dengan emosi, tindakan mereka adalah emosi, kata-kata mereka adalah emosi. Saya sangat marah (wah adakah sekarang saya juga beremosi?) Kami bukan beremosi, cuma kekadang, kami perlu waktu untuk mengendalikan emosi kami, Cik puan lebih memahami bukan? Untuk itu, sekarang saya biar Encik Hati menjadi saksi, saya mohon bantuan cik puan untuk membantu saya mengendalikan perasaan saya. Yang terkadang tak mampu dikawal saya. Lorongkan saya ke arah emosi yang baik, yang positif dan yang membantu saya ke arah kebaikan. Tolong ya!


KEKANDA AKAL yang saya hormati, terima kasih kerana banyak membantu saya dalam kehidupan ini. Membantu saya merasionalisasikan ilmu-ilmu yang saya terima dalam hidup saya. Boleh kanda bantu saya? Bantu saya agar memikirkan hujah-hujah yang lebih bernas, bantu saya mengeluarkan dalil untuk Islam. Apabila ada yang menyerang, maka bantu saya untuk mempertahankan. Bolehkan? 


Apabila saya malas, Encik Hati tolonglah ketuk pintu hati saya, kejutkan saya supaya rajinkan diri untuk Islam, Cik puan Emosi tolonglah semarakkan semangat saya untuk membantu orang2 di sekeliling, dan Kanda Akal, tolonglah bimbing saya ke arah yang lebih baik. 


Apabila saya tidak bersyukur, Encik Hati tolonglah marahkan saya, ingatkan saya hati saya sudah terlalu hitam sampai tidak nampak nikmat yang Tuhan beri, Cik puan Emosi tolonglah terjah jiwa saya, berikan peringatan betapa saya ini sungguh tidak mengenang budi Tuhan, dan Kanda akal tolonglah tetapkan dalam minda saya, lebih banyak saya bersyukur, lebih banyak yang Tuhan akan beri.


Saya sudah penat berbicara, izinkan saya kembali untuk sedar bahawa, saya boleh minta tolong daripada mereka, tetapi, HANYA SAYA YANG BOLEH TOLONG DIRI SAYA. MEREKA MENGINGAT TETAPI DIRI SAYA YANG MEMBUAT PILIHAN! Duhai diri, hiduplah untuk Tuhan Yang Maha Satu! 

Allahuakbar...


"...Ana abdullahi walan yudhi’ani  - Aku hamba ALLAH, DIA tidak akan mengecewakanku..."!

:: Dari Hujung Jari ::

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....


Sebuah permulaan dari hujung jari kurniaan Ilahi. Semoga kurniaan ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang berguna. Bukan hanya diri sendiri, tetapi juga untuk semua Hamba Allah di muka bumi. 




"...Ia bukan sekadar rakaman rasa, catatan pengalaman, kembara rohani, kutipan peristiwa tetapi ia juga adalah renungan yang terpancar dari jiwa rapuh yang amat insaf dan sedar tentang kekerdilan diri mengharungi hujung usia yang tepu dengan cabaran. Ia mengingatkan diri betapa dunia yang sementara ini ada penghujungnya..."


Semoga tinta ini boleh menjadi satu medan untuk menyampaikan ilmu dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk semua hamba-hamba Allah. InsyaAllah, dengan izin Allah. 


Rabbi Yassir Ya Allah...