Labels

Friday 8 July 2011

Membaca Itu Indah ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, entry ke-3 hamba bercerita tentang BUKU ~

[ Ilmu itu pelita hidup ]

Kenapa kita harus membaca? Dan apakah kaitan gambar di atas dengan membaca? Sesungguhnya dengan membaca lah kita mendapat ilmu. Dan harus diingat ilmu itu lebih mulia daripada harta.  Allahuakbar. Begitu besar nya hidayahMU. Seorang hamba yang dulunya tidak suka membaca, kini telah berubah untuk terus menggali ilmu-Mu. Makin digali terasa semakin kerdil diri ini. Banyak lagi yang belum diketahui. 

Sekadar Perkongsian Seorang Hamba : Antara buku-buku yang sangat berkesan di hati ~

Di Mana DIA Di Hatiku? by Pahrol Mohd Juoi
Sinopsis: Buku ini menceritakan tentang segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharapkan redha-NYA. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Buku ini mengajak kita muhasabah diri dan berfikir dimana letaknya kita di sisi ILAHI.

Nota Kaki > Bermula dengan buku ini, saya terus 'jatuh cinta' dengan penulisan Pahrol Mohd Juoi. Kata-kata yang penuh makna dari beliau. Dan baru kusedar DIA masih jauh dalam hatiku. Semoga DIA sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah. T_T

 Kerana-MU Aku Berubah by Ruhana Zaki
Sinopsis:  Buku ni mengajak kita mencintai ILAHI dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. Allah s.w.t sudah ada janjinya. Yakinlah, DIA sentiasa menyediakan jalan pulang . Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh dan disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh. 

Nota Kaki >Buku ini paling terkesan di hati. Banyak memberi pengajaran kepada saya. Semoga perubahan ini hanya keranaMU  ^_^


Tentang Cinta by Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis: Tentang cinta membawa tafsiran dan persepsi baru mengenai topik yang paling menarik minat para remaja sejak zaman berzaman. Ia akan menjawab persoalan: Apa sebenarnya yang dikatakan cinta? Siapakah yang patut dicintai? Bagaimanakah kita harus bercinta? Bagaimana mencintai dan dicintai? Siapakah role model kita dalam bercinta? Bolehkah menjadi hamba cinta? Cinta bagaimana yang ada class? 

Nota Kaki > Buku ni mengajar saya tentang cinta. Rujukan yang saya rasa wajib untuk semua yang ingin memahami realiti cinta berteraskan Islam. Semoga cinta saya di landasan yang betul dan diredhai Allah. ^_^


Nota Fikir Untuk Zikir by Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis: Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian: 

Bahagian 1: Iktibar kisah dulu-dulu. Mencari hikmah, teladan dan sempadan daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian II : Berguru dengan Alam. Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi Nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara denagn manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian III : Kata Dikota. Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa

Nota Kaki > Alhamdulillah.Buku ni membuatkan saya terfikir tentang ape yang berlaku di sekeliling. Merungkai apa yang tersurat dan tersirat. ^_^



Nota Hati Seorang Lelaki by Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis: Buku ini memaparkan tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki yang menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain2. Di sebalik setiap kisah ada mesej yang tersurat dan tersirat. Mereka yang dipaparkan kisah-kisahnya di dalam buku ini hanya manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana budi, nilai dan akhlak yang tinggi. Buku ini mengandungi 4 bahagian uatam iaitu Bahagian I: Nota Hati Seorang Anak, Bahagian II: Nota Hati Seorang Suami, Bahagian III: Nota Hati Seorang Ayah, dan Bahagian IV: Nota Hati Seorang Da'i.

Nota Kaki > Saya memahami hati seorang lelaki melalui pembacaan buku ni. Alhamdulillah, seseorang telah menangis apabila membaca buku ini. Saya harap 'awak' ambik iktibar ye. Semoga awak pun berubah menjadi seorang yang lebih baik. ^_^



Bibir Tersenyum Hati Menangis by Muhammad Muhyiddin

Sinopsis: Buku ni menceritakan tentang gejala umum kita yang sentiasa 'terbiasa untuk menipu diri sendiri' atau dengan kata lain hipokrit. Kita terbiasa untuk bersikap ramah, sedangkan hati kita demikian sulit untuk beramah dengannya; kita terbiasa tersenyum bahagia, sedangkan hati kita tengah menangis pilu kerana duka dan derita. Kita sangan terbiasa untuk berbuat sesuatu yang menurut hati ini bertentangan dengan agama, akal sehingga hati kita menjerit sendiri. Ya, kita sangat suka mengenakan topeng.

Nota Kaki > Alhamdulillah. Buku ni pun memberi info2 yang berguna. Semoga saya tidak menipu diri saya sendiri. Biarlah bibir ini tersenyum keran hati tidak menangis. ^_^


Alhamdulillah. Membaca semakin dekat dengan hati saya.Semoga saya tidak hanya membaca, tetapi mengamalkannya. =)


"...Wahai diri, ingatlah, ilmu kita terbatas, ilmu ALLAH Maha Luas..."

4 comments:

  1. buku-buku kamu sangat2 besh..especially 'keranaMu aku berubah' :)

    nanti nk pinjam y laen lg yer ^_^

    ReplyDelete
  2. semoga "awk" pun berubah jugak~~~ hihi

    ReplyDelete
  3. kak zura: boley aje..ambik je kalo nk pnjm..kite pn nk pnjm bku awk boley?

    cik naimah: haha..sy harap die akan berubah..amin ~

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..:P. Hepi Darl~ semoga aku pon berubah :)

    ReplyDelete